Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 and bertujuan untuk mengawal pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial. Kami mengiktiraf kepentingan privasi dan kepekaan data peribadi serta informasi setiap individu (“Data Peribadi”) dan kami komited dalam perlindungan Data Peribadi selaras dengan yang diperuntukkan dalam APDP.
Kompilasi Data Peribadi
Polisi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan kami, termasuk pelanggan semasa, pelanggan sedia ada, dan bakal pelanggan, kenalan serta pekerja menurut APDP kerana kami memandang berat dan sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan Data Peribadi anda.
Sepanjang transaksi dan urusan anda dengan kami, anda akan diminta untuk memberikan atau telah memberikan kami Data Peribadi mengenai anda seperti yang ditakrifkan di dalam APDP untuk dikompilasi, digunakan dan diproseskan agar kami memberi perkhidmatan perundangan yang diperlukan. Ini adalah relevan berkenaan proses perniagaan kami serta pelaksanaan, servis-servis, hubungan pelanggan, pengurusan dan aktiviti pembangunan perniagaan kami.
Tujuan Kami Mengumpul Koleksi Data Peribadi Anda
Data Peribadi anda akan/sedang dikumpul, disimpan, digunakan dan/atau diproseskan oleh kami (samada secara langsung atau tidak langsung) dan dalam sebarang bentuk, antara lain, bagi tujuan yang berikut:
Sifat Data Peribadi
Data Peribadi bermaksud informasi yang boleh mengenal pasti anda dan merangkumi tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat peribadi seperti berikut:
Kami mengiktiraf bahawa anda boleh membekal kami dengan Data Peribadi anda melalui pengisian borang kami atau melalui komunikasi dengan pihak kami secara peribadi atau melalui telefon, e-mel, faks, khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej segera, secara bertulis dan selainnya.
Sumber Data Peribadi
Kami mengumpul maklumat hanya melalui cara yang sah dan adil, dan bukan melalui cara yang tidak munasabah dan menggangu hak peribadi anda.
Dimana mungkin kami akan mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda, termasuk pada permulaan perlantikan dan sepanjang perwakilan dari pihak kami.
Kadang-kadang kami mungkin mendapatkan maklumat mengenai anda daripada sumber lain, Data Peribadi yang dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami adalah daripada sumber seperti berikut:
Rujukan kepada terma “anda” hendaklah termasuk wakil dan ejen anda.
Akibat Penolakan/Kegagalan untuk Membekalkan Data Peribadi
Akibat Penolakan/Kegagalan untuk Membekalkan Data Peribadi
Mendedahkan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda secara sulit namun bagaimanapun anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori parti berikut:
Pilihan untuk Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi
Pemprosesan, yang berkaitan dengan Data Peribadi bermaksud mengumpul, rakaman, memegang, menyimpan, melupuskan, mengubah, mendapatkan semula, menghantar, atau menyebar data.
Anda mempunyai hak untuk mengehadkan sebahagiannya atau kesuluruhannya pemprosesan Data Peribadi anda serta untuk menarik balik kebenaran pada bila- bila masa. Apabila kebenaran ditarik balik dan disampaikan kepada kami secara bertulis, kami akan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda.
Keselamatan
Kami akan menyimpan dan memproses data anda dengan usaha yang sewajarnya dan cara yang selamat. Kami berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan dan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang diguna pakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kerugian akibat kemalangan atau pemusnahan, atau kerosakan kepada, Data Peribadi anda.
Hak untuk Akses dan Pembetulan
Kerana kami menggunakan Data Peribadi untuk memberi perkhidmatan guaman, ia adalah penting bahawa maklumat itu tepat dan terkini. Ia adalah hak anda sebagai subjek data untuk mempunyai akses dan membetulkan Data Peribadi anda di mana anda telah berikan kepada kami dan dalam hal ini, anda boleh:
tahu kami bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada pihak kami sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hantarkan pertanyaan secara bertulis berhubung dengan akses atau pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi anda atau untuk mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi dikendalikan oleh kami, sila hubungi:
Jika kami tidak menerima sebarang notifikasi secara bertulis, kami akan menganggap bahawa kami berkuasa untuk meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan.
Email kepada: | Admin@vslaw.com.my |
Faks kepada kami melalui: | 03-62076747 |
Tulis kepada kami di: | Vivian & Shin Advocates & Solicitors No. 31-8-11, THE CEO, Lebuh Nipah 5,Jln Sungai Nibong, 11950 Bayan Lepas,Pulau Pinang. |
Bahasa
Notis kepada Data Peribadi ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.