APDP

Language

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 and bertujuan untuk mengawal pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial. Kami mengiktiraf kepentingan privasi dan kepekaan data peribadi serta informasi setiap individu (“Data Peribadi”) dan kami komited dalam perlindungan Data Peribadi selaras dengan yang diperuntukkan dalam APDP.

1. Kompilasi Data Peribadi

Polisi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan kami, termasuk pelanggan semasa, pelanggan sedia ada, dan bakal pelanggan, kenalan serta pekerja menurut APDP kerana kami memandang berat dan sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan Data Peribadi anda.

Sepanjang transaksi dan urusan anda dengan kami, anda akan diminta untuk memberikan atau telah memberikan kami Data Peribadi mengenai anda seperti yang ditakrifkan di dalam APDP untuk dikompilasi, digunakan dan diproseskan agar kami memberi perkhidmatan perundangan yang diperlukan.  Ini adalah relevan berkenaan proses perniagaan kami serta pelaksanaan, servis-servis, hubungan pelanggan, pengurusan dan aktiviti pembangunan perniagaan kami.

 

2. Tujuan Kami Mengumpul Koleksi Data Peribadi Anda

Data Peribadi anda akan/sedang dikumpul, disimpan, digunakan dan/atau diproseskan oleh kami (samada secara langsung atau tidak langsung) dan dalam sebarang bentuk, antara lain, bagi tujuan yang berikut:

  • pelaksanaan, prestasi dan penyiapan sebarang transaksi komersial, urusan ataupun yang berkaitan dengan perkhidmatan guaman, nasihat dan obligasi yang kami akan menawar kepada anda atau pihak ketiga;
  • penyediaan dan pelaksanaan semua dokumen yang diperlukan, perjanjian dan/atau kontrak untuk projek kami dan/ atau perkhidmatan dengan anda termasuk sebarang obligasi yang timbul dari sebarang kontrak dan/atau perjanjian yang dimeterai antara pihak tuan dengan kami serta untuk penyediaan sebarang maklumat dan perkhidmatan yang diminta dari kami;
  • penyelenggaraan dan untuk mengemaskini rekod dalaman klien, pentadbiran, pengurusan, pembangunan perniagaan, pengiklanan, pembangunan profesionalisme berterusan, pendidikan, penyelidikan, operasi dalaman, penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, tujuan statistic dan kajian, rangkaian professional, pekerjaan dan aktiviti-aktiviti sosial;
  • memenuhi sebarang keperluan perundangan atau pengawalseliaan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami dan untuk membuat pendedahan di bawah kehendak undang-undang berkenaan, peraturan, arahan, garis panduan, undang-undang kecil, kod, pekeliling, pihak berkuasa kerajaan dan/atau makhamah yang mempunyai bidang kuasa;
  • nama dan gambar anda mungkin akan dipaparkan pada laman web kami, penerbitan, surat berita, dokumen- dokumen, amaran, notifikasi, dan bahan-bahan lain yang serupa dengannya;
  • untuk mengoperasi laman web kami dan perisian teknologi maklumat (termasuk koleksi alamat protokol internet dan cookies) termasuk semua aktiviti berkaitan dengan internet;
  • untuk membekalkan bil masa dan mengekalkan masa dan bil pangkalan data, untuk menyertakan anda dalam sebarang aktiviti pemasaran langsung;
  • penilaian kredit, penyiasatan kewangan dan latar belakang semasa dan apabila dianggap seharusnya;
  • penyerahan kunci, pemilikan kosong, pengurusan harta/estet, perkhidmatan pelanggan dan/atau pembetulan kecacatan dan perkhidmatan pemilikan jawatan kosong;
  • sebarang transaksi komersial berikutnya yang berhubung dengan mana-mana projek dan/atau perkhidmatan;
  • membolehkan kami untuk menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, mel pos biasa, cara telekomunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon, mesej teks, aplikasi sembang social) mengenai perkhidmatan yang ditawarkan kepada pihak ketiga yang berkenaan yang pada pendapat kami mungkin menarik minat anda namun dengan berbuat sedemikian kami mengekalkan kawalan atas Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut tanpa persetujuan anda;
  • untuk tujuan pekerjaan, jika anda memohon kepada kami untuk pekerjaan, kami perlu mengambil kira Data Peribadi anda dan sebagai sebahagian daripada proses kajian kami, kami biasanya menyimpan maklumat dari calon selepas keputusan telah dibuat. Jika kami menawar pekerjaan kepada anda, dan tawaran itu diterima oleh anda, maklumat akan dikekalkan mengikut prosedur privasi kami untuk rekod pekerja; dan
  • untuk tujuan lain yang relevan kepada perkhidmatan perundangan kami atau yang bersampingan atau berkaitan atau berlanjutan dengan tujuan yang dinyatakan di atas.

 

3. Sifat Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud informasi yang boleh mengenal pasti anda dan merangkumi tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat peribadi seperti berikut:

  • nama, jawatan dan nama syarikat;
  • umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport, gambar;
  • bangsa, asal-usul etnik, kewarganegaraan, kesihatan fizikal dan mental;
  • maklumat kenalan termasuk alamat, alamat emel dan nombor telefon;
  • status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak, pekerjaan, sejarah pekerjaan, penilaian prestasi, pendapatan, majikan, rujukan serta butir-butir lain mengenai majikan lalu;
  • jenis pinjaman yang dimohon berhubungan dengan pembelian harta;
  • butir-butir kewangan dan kad kredit, nama bank dan lain-lain maklumat perbankan, nombor pengenalan fail cukai, nombor KWSP, nombor PERKESO, sejarah jenayah; dan
  • maklumat lain yang berkaitan dan data yang membolehkan kami memberi perkhidmatan kepada anda.

Kami mengiktiraf bahawa anda boleh membekal kami dengan Data Peribadi anda melalui pengisian borang kami atau melalui komunikasi dengan pihak kami secara peribadi atau melalui telefon, e-mel, faks, khidmat pesanan ringkas (SMS), mesej segera, secara bertulis dan selainnya.

4. Sumber Data Peribadi

Kami mengumpul maklumat hanya melalui cara yang sah dan adil, dan bukan melalui cara yang tidak munasabah dan menggangu hak peribadi anda.

Dimana mungkin kami akan mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda, termasuk pada permulaan perlantikan dan sepanjang perwakilan dari pihak kami.

Kadang-kadang kami mungkin mendapatkan maklumat mengenai anda daripada sumber lain, Data Peribadi yang dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami adalah daripada sumber seperti berikut:

  • borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik ataupun dicetak) untuk seminar atau perundingan, langganan surat berita atau sebarang acara promosi;
  • permintaan rasmi untuk borang maklumat yang disediakan oleh pekerja kami;
  • sebarang pertanyaan, e-mel atau surat menyurat yang diterima dari anda untuk memohon maklumat atau membuat pertanyaan;
  • sebarang borang termasuk berkenaan ‘hubungi kami’ yang anda telah mengemukakan melalui laman web kami;
  • dari agensi kerajaan ataupun pendaftaran, sebarang rujukan yang kami mungkin memperolehi daripada pelanggan sedia ada dengan butiran sah peribadi yang dipunyai oleh kami;
  • hartanah anda dalam transaksi harta, surat tawaran dari institusi kewangan untuk pinjaman pra-lulus;
  • kad perniagaan yang diberi kepada rakan kongsi kami, peguam kami atau pekerja kami;

Rujukan kepada terma “anda” hendaklah termasuk wakil dan ejen anda.

5. Akibat Penolakan/Kegagalan untuk Membekalkan Data Peribadi

Kegagalan mendapatkan Data Peribadi anda akan menghasilkan yang berikut:

  • kami akan tidak dapat mengekalkan hubungan clienteledengan anda;
  • kami akan tidak dapat memberi perkhidmatan yang diperlukan dan diminta oleh anda;
  • kami akan tidak dapat memberikan anda dengan sebarang notis, perkhidmatan dan kemas kini yang anda mintakan;
  • menjejaskan perkembangan perkara yang mana kami diberikan arahan oleh pihak anda untuk bertindak.

6. Mendedahkan Data Peribadi Anda

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda secara sulit namun bagaimanapun anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori parti berikut:

  • sesiapa, mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan/atau pengawal selia industri di mana kami wajib mendedahkan Data Peribadi anda menurut undang-undang atau peraturan yang sedia ada;
  • ahli gabungan kami, rakan kongsi, pihak ketiga, pembekal perkhidmatan, wakil dan ejen-ejen, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia, untuk melaksanakan Tujuan yang dinyatakan di dalam Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Privasi dan untuk membekalkan berkenaan dan/atau perkhidmatan penyokong yang berkaitan dengan amalan guaman kami;
  • kami dan/atau juruaudit pelanggan kami, akauntan atau sebarang institusi kewangan yang berkaitan atau penasihat profesional;
  • kami dan/atau pembekal pelanggan kami, kontraktor, sub-kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dianggap wajib atau sesuai;
  • pengurusan hartanah pihak ketiga dan syarikat-syarikat agensi hartanah/berhak berkenaan harta yang merupakan hal perkara penglibatan kami;
  • rakan niaga atau penasihat rakan niaga, ejen dan wakil dalam sebarang perundangan dan/atau transaksi komersial, institusi kewangan untuk pemprosesan dokumentasi pinjaman, pihak berkuasa negeri yang berkenaan dan Lembaga Hasil Dalam Negara.

7. Pilihan untuk Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi

Pemprosesan, yang berkaitan dengan Data Peribadi bermaksud mengumpul, rakaman, memegang, menyimpan, melupuskan, mengubah, mendapatkan semula, menghantar, atau menyebar data.

Anda mempunyai hak untuk mengehadkan sebahagiannya atau kesuluruhannya pemprosesan Data Peribadi anda serta untuk menarik balik kebenaran pada bila- bila masa. Apabila kebenaran ditarik balik dan disampaikan kepada kami secara bertulis, kami akan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda.

8. Keselamatan

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dengan usaha yang sewajarnya dan cara yang selamat. Kami berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan dan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang diguna pakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kerugian akibat kemalangan atau pemusnahan, atau kerosakan kepada, Data Peribadi anda.

9. Hak untuk Akses dan Pembetulan

Kerana kami menggunakan Data Peribadi untuk memberi perkhidmatan guaman, ia adalah penting bahawa maklumat itu tepat dan terkini. Ia adalah hak anda sebagai subjek data untuk mempunyai akses dan membetulkan Data Peribadi anda di mana anda telah berikan kepada kami dan dalam hal ini, anda boleh:

  • memeriksa jika kami memegang atau menggunakan Data Peribadi anda dan minta akses kepada Data Peribadi anda;
  • permintaan untuk pembetulan Data Peribadi anda yang tidak tepat , tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
  • permintaan untuk penjelasan mengenai dasar-dasar dan prosedur berkenaan dengan Data Peribadi anda yang telah diberikan kepada kami;
  • meminta kami menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda;
  • meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk menghadkan Data Peribadi orang yang boleh dikenal pasti daripada Data Peribadi anda;
  • memberitahu kami bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada pihak kami sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

tahu kami bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada pihak kami sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hantarkan pertanyaan secara bertulis berhubung dengan akses atau pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi anda atau untuk mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi dikendalikan oleh kami, sila hubungi:

Jika kami tidak menerima sebarang notifikasi secara bertulis, kami akan menganggap bahawa kami berkuasa untuk meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan.

10. Bahasa

Notis kepada Data Peribadi ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.